Thursday, February 18, 2010

Ada cerita menarik esok...Menyesal Tak Pernah Datang Dulu

Esok akan saya bualkan tentang tajuk yang sememangnya saya ingin kongsikan sejak dari bangku sekolah dahulu....Menyesal Tak Pernah Datang Dulu...sememangnya saya harus tunggu sehingga usia begini kerana buktinya akan menyusul tentunya dengan cerita yang akan saya kongsikan bersama anda.....salam...jomlah ajak rakan-rakan lain serta adik beradik anda jadi member untuk ruangan ini...saya perlukan semangat untuk menulis......Saya akui memang dulu bercita-cita menjadi seorang penulis...tapi itulah kenyataannya.Menyesal Tak Pernah  Datang Dulu.........Tunggggguuuuuuuuuuuu...

Sambungan....Penganggur Menganggur

Salam semua.....pembaca yang setia dengan sabar dan tak sabar pun lagi baik sebenarnye...kerana bila kita tak sabar tentunya akan buka dan tutup ruangan ini banyak kali...atau saya je yang perasan.....kerana rupanya saya seorang bersama member2 yang cuma tiga orang setakat nie yang membaca...takpelah...mudah-mudahan lama-lama akan ada pengikut pembaca yang akan mengikuti ruangan saya ni....Bersabarlah......Insyaallah...Allah akan kurniakan kebaikkan kepada niat manusia yang baik kerana Allah saja yang Maha Mengetahui setiap sesuatu...Amin...

Ok ...perihal cerita semalam tentang rakan saya yang menganggur dan kerugian ribuan ringgit ...pendek ceritanya...Allah swt telah menurunkan rahmatnya dengan membuka jalan baginya menyelesaikan masalah yang secara lojika nya memang sukar untuk diselesaikan dalam masa terdekat dan diluar keupayaannya..Alhamdulillah....rakan saya ini ,setelah bertawakal dan bersolat hajat ..maka Allah swt telah memberikan rahmatnya dan menurunkan bantuan bagi mengantikan wang gaji pekerjanya yang hilang tersebut...lalu Allah bukakan hati adik-beradiknya untuk membantu....dan kecukupan bantuan tersebut telah menjadikan masalah itu sesuatu yang sukar untuk dipercayai oleh semua masyarakat sekeliling...yang mengetahui perihal tersebut....Amin....Lalu dilahirkan kesedaran dalam diri rakan saya ini bahawa hikmah dari apa yang di alami ini adalah sebahagian dari peringatan Allah swt supaya tidak taksub terhadap kerja dan meninggalkan tanggungjawab terhadap adik beradiknya yang selama ini dilupakan selalunya..Sejak peristiwa itu..rakan saya telah menjadikan adik beradiknya rakan dan teman bualan saban hari..lalu ikatan keluarga dan persaudaraan yang selama ini dingin dan jauh akhirnya jadi tambatan kehidupannya...mudah-mudahan dia tidak mudah lupa lagi...Mari sama-sama kita doakan buat rakan saya ini.juga sebagai peringatan kepada kita semua....

Wednesday, February 17, 2010

Menganggur dan Penganggur.

Menganggur dan penganggur memeng tak dapat dipisahkan jiwanya kerana hanya penganggur saje yang berhak menganggur.Saya pun kadang-kadang keliru dengan ejaannya...tapi harap dapat menyampaikan maksudnye dengan ikhlas.Andai ada audit dari DBP tentunya dah kena denda ruangan ini kerana publish ejaan yang salah.Kali ini ( atau hari ini @ kerana saya mungkin akan tulis hari-hari di dalam blog ini @ andai diizinkan Allah )saya ingin ceritakan tentang kisah seorang rakan yang menjadi penganggur dalam usia 40 tahunnya.Kasihan saya mendengar ceritanya,emmm...tapi yang peliknya dia tak pulak bersedih.....nampak ceria je ,tapi tak taulah di belakang saya atau dalam bilik air akan menangis puas-puas...saya sentiasa doakan yang terbaik untuK DIA...Rakan saya ini dulunya seorang pelajar sekolah yang cerdik jugaklah saya rasa jika dibandingkan dengan saya..lepas penilaian darjah 5 ,dapat 4A 1B.dulu2 sekolah kampung...keputusan itu membolehkan dijamu kenduri seekor lembu atau macam kerja kawin lah gamaknye.tapi kerana keluarga agak tak berada...bubur merah jelah jadi santapan sekeluarga dan disedekahkan lah jiran-jiran sepinggan seorang...

Lalu berjayalah dia mendapat tempat belajar di sekolah berasrama walaupun tak penuh...asrama di Au2a keramat dan bersekolah di sebelah Stadium Negara dan stadium Merdeka tu...sekolah yang sama dengan Andy FP dan Aidit Alfian Komposer tersohor tu.sampai SPM.lepas SPM rakan saya ni pulanglah ke negeri asalnya....mendapat tawaran belajar di UITM tapi terpaksa ditolaknya kerana memilih untuk bekerja di sebuah bank sebagai kerani...(atas dasar keperihatinannya terhadap kesusahan keluarga masa tu @ adik-adik ramai masih bersekolah dan ekonomi keluarga agak tipis )lalu kerjalah dia di bank tersebut..Berkat doa ayah ibu dan adik-adiknya...selepas 4 tahun bekerja,berjaya dinaikkan pangkat sebagai pegawai.lalu berumahtangga.berhenti kerja selepas 10 tahun kerana ingin merasai pengalaman dalam dunia perniagaan bersama keluarga iparnya.turun naik pasang surut...siang malam...maka berbagai dugaan ditempuhi...dari senang ke sukar dan akhirnya diberhentikan kerja kerana etika diri manusia yang serupa....mudah lupa diri....bukan dia...tapi orang lain yang berkaitan...ianya bermula dari 29 januari 2010 tempohari bila rakan saya ini telah dirompak sebanyak rm57K.wang gaji pekerja...wow..banyaknye...macamana nk ganti??????....

Pendek ceritanya....adik beradiknya akhirnya yang membantu....Kenapa?....esok akan saya kupaskan ilmiahnya...buka esok ye.saya ingin kongsikan bersama anda semua...Cuma sementara menanti esok tu...marilah kita bayangkan apa yang boleh kita rasai bila dapat wang sebanyak rm57k itu....shopping sakan?..g makan angin Langkawi sebulan?.G mancing kt Spartly?.tak masak sebulan kt rumah?g pizza hut isnin,mc D selasa,KFC rabu,Khamis mkn nasi beriani mamak.jumaat makan nasi padang lalang ,sabtu makan di hotel Ahad makan di Resort...etc.@bagi suri rumah aje atau bagi suami yang isterinye malas@tak pandai sangat masak atau masak tapi kureng sedap sgtla...he..he...bukan anda k....diaorang tu..

wasallam

Monday, February 15, 2010

Keluarga

Kalau kita cerita tentang keluarga....semua atau mudah cerita kita semua ada keluarga...tentu sekali....kecualilah...anak buluh betung ( tiada kaitan samada yang hidup atau yang mati dan tidak bermaksud menciplak mana-mana tajuk hakcipta terpelihara).Jadi tajuk kali ini ingin saya kongsikan berkenaan cerita keluarga dalam masyarakat melayu,islam dan spesifikasinya terarah kepada keluarga besar ( bukan subjeknya bersais besar ,akan tetapi jumlahnya ramai).Ada rakan saya yang mempunyai bilangan adik beradik seramai 13 orang...Itu jika di kira yang masih hidup saja...campur yang telah meninggal dunia bilangan keseluruhan yang diahirkan daisatu perut yang sama dari seorang Ibu dah jadi 18 orang....Bayangkanlah..Jika kita jadi ibu tersebut.

Isu yang cuba saya kupaskan kali ini sebenarnya berkenaan keupayaan pembentukkan sistem keluarga tersebut.Diceritakan kepada saya bahawa....hampir kesemua anak-anak ibu tersebut kini telah membesar dan semuanya telah berkerja dan telah berumahtangga..Jadi ibu tersebut telahpun berusia enam puluh tahun dan ke atas(warga emas ).Dukacitanya diceritakan kepada saya bahawa si bapa telahpun meninggal dunia hampir 18tahun yang lalu.Maka tentunya masa ditinggalkan si suami..si isteri@ibu telah terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri.Saya tabiklah kepada semua ibu-ibu seperti ini,khasnya kepada si Ibu tersebut....Diceritakan juga bahawa anak-anak tersebut semuanya menjadi anak bangsa yang berjaya.doktor,guru besar,5 orang jurutera dan lain-lain lagi....susah nk senaraikan .kerana saya sudah mula terharu bila mengenangkan wajah si ibu tersebut..kerana saya baru bertemu insan gagah ini.Tiba-tiba saya rasai manusia seperti ini pun layak kita kategorikan sebagai PEJUANG BANGSA..kerana telah berjaya melahirkan anak-anak seperti ini...bukan maksud saya hanya melahirkan tetapi mendidik....Sayang sekali hari ini bukan hari Ibu...andaikata hari tersebut pasti saya akan telefon dan mengucapkan selamat hari ibu kepada IBU BANGSA ini....saya sebenarnya sedang dalam usaha menulis sebuah novel tentang ini.Doakan saya berjaya...akan juga saya kongsikan sinopsisnya nanti...atau bincangkan dalam blog ini dari masa kesemasa...Kita jumpa lagi....

Tanya Sama Itu Bawang

Asalamualaikum....kita akhirnya ditakdirkan bertemu juga di dalam sudut berasaskan ilmiah ini..IT kata budak-budak sekolah....yang sedang ghairah menggunakan kemudahan yang separa asas ini....kita yang bukan budak sekolah ini pun apa kurangnya...Apalagi....saya orang baru di dalam bidang ini walaupun telah lama mendiami dunia ini....Namun ruangan ini atau mat salleh panggil blog. atau apa-apalah tentunya akan digunakan untuk tujuan rujukkan atau chat katanya.Saya terpanggil menulis bila telah hadir kefahaman saya tentang tujuan IT ini..Apapun saya mendoakan agar rakan-rakan yang akan melawati ruangan saya ini akan terus terpanggil untuk mengikuti atau menghayati isikandung yang akan terpapar di dalam ini...Kalau dilihat dari nama blog ini ..tentunya yang akan terbuka ruang ini adalah dari golongan yang berniaga.tapi saya berdoa agar yang akan ter melawat ruang ini datang dari segenap lapisan masyarakat...Kita Tunggu Ye..........Antara isikandung isunya seperti keluarga,duit,rutin harian...dan sebenarnya apa-apa saje yang akan jadi isu,macam kedai kopi jek.......ok..wasallam...cukup dulu...saya ni pendiam..tapi bila mengarang.....macam tak boleh berhenti....terimakasih