Thursday, April 22, 2010

Sepuluh Jari Sempurna Milik Siapa?

Asalamualaikum,,,bertemu lagi hari ini saya dengan follower (bahasa orang putih ) dalam bahasa melayu disebut sebagai pengikut...Alamak ,bunyinya macam lain jek...macam saya adalah mentor yang membawa prinsip yang diikuti oleh pengikut2...eehh....sudah tukarlah sekarang....Saya gunakan perkataan peminatlh...lagi glamer bunyinya...

Oklah...buat peminat2 blog saya...episod terdahulu saya janjikan untuk berkongsi pengalaman saya di Tanah Suci...namun setelah di kira-kira dari berbagai sudut...nampak macam riak jek....saya takut akan disalah ertikan...maka saya kira pengalaman tu biarlah saya simpan dulu dikocek ini dan Insyaallah andai ada ketentuan takdir kita bertemu atau ada kelapangan talian telefon..saya akan tidak lokek untuk bercerita mengenainya....Dan satu lagi yang saya telah janjikan iaitu tentang niat saya yang terdetik sebelum berangkat ke Tanah Suci...emmm,bunyinya macam penuh persoalan....Apa kata saya simpan dulu juga agar ianya nampak macam episod Thriller kat kaca TV....Maaf ye kengkawan semua...kalau nak tau cepat telefon segera...andai rasanya akan bazirkan prepaid anda...tunggu episod seterusnya...Saya memang dari kecil dulu suka buat orang susah hati atau tertanya-tanya....Kalau tak percaya tanyalah saya...eh..tak .tanyalah mak saya...

Oklah..sebenarnya saya batalkan siaran Jejak Rasul tu kerana saya kira Episod sebelumnya mengenai Sepuluh Jari Sempurna belum abis lagi..atau rasanya agak tergantung dihujung rancangan....Juga kerana ianya jadi seperti  tandatanya...Itulah susahnya saya nie...asyik buat orang tertanya-tanya..Sepuluh Jari Sempurna itu milik siapa?......Ingat lagu Allahyarham Sudirman..Milik Siapakah Gadis Itu..emmm...bestkan lagu tu..penuh aura dan nostalgia....tapi bukan Gadis Itu yang jadi persoalannya sekarang...Sepuluh Jari Sempurna itu milik siapa?......

Semalam juga saya siarkan tajuk episod tu di ruangan Facebook ( kata John ) ..kalau ikut kata Mat Seman sebelah rumah saya..Buku muka...apapun takpelah asalkan kita senang menyebutnya...FB jeklh k.jimat elektrik,jimat dakwat pen kalau menulis.jimat masa ye jugak walaupun..masa tu sebenarnya memang macam tu..tetap 24jam sehari....lepas hari ini adalah esok,lepas esok lusa dan seterusnya...sebelum hari ini adalah semalam,sebelum semalam pun semalamnya juga...sama jek...yang bertambah dan berkurangan adalah bekalan kita untuk ke SANA nanti....Ke sana ?....kesana mana wahai Bawang al Rasid...apa yang melalut-lalut nie....??....Ha?...apadia?.....oh tentang persoalan tu?..Sepuluh Jari Sempurna tu milik siapa?...em...saya kan dah kata tadi,saya nie sejak dari kecil sampai sekarang memang suka buat orang tertanya-tanya...Betul tak Mak?....kan dah kata...oklah2..saya terus ke persoalan tu k.Tapi sebelum tu biarlah saya sambung sedikit berkenaan Facebook td kerana intro persoalan tu akan juga bermula dari tajuk episod semalam yang saya siarkan di Facebook saya.Wall ( kata John )...dan dinding kata  Bakri ,rakan baik saya dari Pontian...
Jadi apabila saya siarkan di Wall atau dinding tu..adalah beberapa comment ( kata David  )anak jiran saya...Bukan warga Amerika..tapi anak James Kunasegaran..Jiran india saya yang memang baik sangat-sangat dengan saya..Dia saja lh kat dunia nie yang cakap muka saya macam Tom Cruz..pelakon kacak mat salleh tu yang selalu belakon jadi hero..tak pernah pulak jadi penjahat..he.he..Macam-macam ada..Lalu saya pun berilah dia wang RM100-00 yang dinyatakan untuk dipinjam  selepas kenyataannya tentang muka saya tadi...sampai sekarang belum dibayar.Tapi saya tak kisah pun kerana RM100-00 tu dia dah tak pinjam-pinjam pun sampai sekarang...alhamdulillah...saya sebenarnya dah halalkan dua tahun lepas bila anak dia masuk hospital...saya tambah rm20-00 lagi untuk bantu anak dia...jadi saya dah sedekahkan RM120-00 semuanya...walaupun dia kafir,niat saya cuma mahu dia memahami bahawa bangsa melayu,agama islam adalah agama yang penyayang kerana itu Asma-ul-Husna...

Haaa???..apadia?...la...saya nie...buat lagi...bila nak citer pasal Sepuluh Jari Sempurna Milik Siapa?

ok2..kali nie saya janji takkan buat helah lagi...Straight To The Point (....kata..ops..sory)..So bila telah dibaca oleh beberapa rakan dan telah di Comment..maka saya sedari bahawa saya tidak mengulas mengenai pemilik jari itu yang sebenarnya...kerana mereka tidak lawati blog saya..mereka hanya dapat membaca tajuk tersebut......SEPULUH JARI SEMPURNA,MERABA DALAM TERANG,MENARI DALAM KEGELAPAN....maka berbagai spekulasi dari kefahaman masing-masing yang tidak melawati blog saya...tidak seperti kamu semua yang 7 orang ni saja mungkin yang baca episod semalam kn.So milik siapakah jari Itu?......apa pendapat kamu semua yang telah membacanya?....siapakah gerangan pemiliknya sebenarnya yang Bawang al Rasid Maksudkan.....

Anda semua mahu saya biarkan ianya mengikut persepsi anda sendiri yang anda tentu yakin jawapannya betul kerana anda bertujuh jek yang jadi pengikut blog saya?..em..oklah..saya biarkan dulu jawapannya bermain-main di minda dan senyuman anda yang penuh yakin itu...Betullah kata pepatah Kalau kita yakin tentu akan beroleh kebenarannya,,,,,,Jadi saya berhenti di sini dulu untuk memberi laluan kepada anda semua mencari dan mencari dan mencari dan mencari?...Anda tahu kenapa saya lakukan semua ini?.....tentunya memang ini keja saya dari kecil...suka buat orang tertanya-tanya...Tapi jangan bimbang..saya tak letakkan syarat kepada anda semua untuk tidak merujuk mana-mana bahan atau kamus atau rakan-rakan lain..Persoalan ini tiada syarat...tak nk jawab pun tak apa...kalau nak juga jawab anda dibolehkan melakukan apa2juga mcm yang saya nyatakan di atas,atau anda ada sumber sendiri..atau anda telah yakin jawapan yang berlegar di minda anda sekarang adalah benar...Terpulang....Jom..saya nk solat asar..dan ada beberapa kerja lagi ingin saya selesaikan...Anda pun begitu...tinggalkan lh persoalan remeh ini di laci kamar atau di tempat letak kasut pun tak apa..Ingat..saya tidak letakkan apa2 syarat....emm..Ok...yang penting jangan tinggalkan kerja anda,jangan lupakan solat anda dan jangan biarkan jawapan itu menganggu pemanduan anda...saya takut akan dipersalahkan nanti...

Apapun...jom kita senang-senang sambil bertasbih memujiNya...Astagfirullahhalazim.......100x.Hela nafas anda panjang-panjang biar cukup oksijen di ruang2 pernafasan itu...Hidup harus terus hidup....Insyaallah...

Asalamualaikum....

0 comments:

Post a Comment