Thursday, April 22, 2010

Harijadi Istimewa 21 & 22 April....

Asalamualaikum....jumpa lagi semua....puas dah membaca episod yang tertanya-tanya tu...jangan pening2 kan kepala yek...tak jawab pun takpe...kalau sabar nanti dapat juga jawapannya...sebelum menutup tirai hari ini 22hb April 2010....saya ingin kongsikan tajuk di atas sebenarnya...ambil sedikit saja ruang nie untuk kongsikan cerita dulu2 yang kini tiada lagi kewujudan nya...cuma yang ada kenangan yang tak akan terlupa selagi minda ini masih berfungsi..insyaallah...kerana setiap kali datangnya harijadi saya seperti semalam iaitu 21hb April...akan saya kenang juga tarikh hari ini iaitu 22hb April.....emmm apa kaitan kedua-dua hari ini ye?..

Sebenarnya hari ini adalah sepatutnya ulangtahun harilahir arwah abang kandung saya Azmi...rakan-rakan memanggilnya dgn nama pena BAI.keluarga panggil OJAN jek...emm. uniknya saya dan arwah Bai ni dilahirkan kurang satu hari setahun...itulah bezanya..saya lahir pada 21hb April 1969..arwah abang lahir pada 22hb April 1968...jadinya setiapkali harijadi saya tiba...kami akan SEBAYA hanya untuk sehari sahaja..bila tiba 22hb April,arwah akan meningkat setahun...contohnya...andainya arwah masih hidup..tahun ini iaitu semalam saya akan berusia 41tahun dan arwah masih kekal 41 tahun juga...jadi kami sebayalh mengikut bilangan tahun...tapi hari ini arwah akan meningkat 42tahun....Jadi sebenarnya...saya akan merasa gembira bila tiba harijadi saya..kerana saya akan sebaya dgn arwah dan saya akan tak perlu panggil dia abang...Dia KEMBAR saya aritu jek...dan arwah abang akan gembira bila tiba 22hb iaitu harijadinya kerana saya dah kena hormat dia sebagai abang semula....So...kami jd KEMBAR sehari jek......

Cuma itu semua akan jadi kenangan jek...dia telah kembali kerahmatullah pada 2hb Januari 2007 ( 2-1 )..em,uniknya 21 tu tarikh lahir saya....mana mungkin saya akan lupakan dia seumur hidup ini...Insyaallah...

Alfatihah buat arwah abang Azmi.@ OJAN @ Bai..Semoga ruhnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..Amin.......AL-FATIHAH..................................

BISMILLAH HIRRAHMANNIRRAHIM


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih ,Maha Penyayang
Segala Puji Bagimu Allah ,Tuhan Seluruh Alam
Yang maha Pengasih ,Maha Penyayang
Pemilik Hari Pembalasan
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya Engkaulah kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya,
Bukan jalan mereka yang Engkau murkai
Dan bukan jalan mereka yang sesat..


Amin...

2 comments:

Mr. Dori said...

oo...ooo.....tgh digest nie. almaklumlah..mlm2x otak jem

Unknown said...

kehidupan adalah pinjaman, kematian adalah suatu kepastian.. kapal yang berlabuh akan berlayar semula, apakah bekalan yang kita bawa dalam tempoh yang telah diberikan kepada kita?

Post a Comment