Wednesday, April 21, 2010

Sepuluh Jari Sempurna ,Meraba Dalam Terang..Menari Dalam Kegelapan

Asalamualaikum....emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....Lamanya rasa berkurung dalam bayangan keliru sejak 28 februari 2010 yang lalu...sepanjang huruf mmmm yang cuba kita kira berapa banyaknya dalam baris ayat emm yang saya tuliskan ikut naluri rasa...Pagi ini saya bangun dari Tidur yang memang tidak lena sepanjang malam ...entah apa yang bercanda di kotak fikiran ini..Subhanaullah...lalu saya bangkit dari keresahan malam ini..bertahajud dua rakaat ,sedikit zikir dan tasbih memujiNya..lalu seperti diberikan satu tenaga untuk memecahkan keliru diri dan berjaya juga akhirnya menggerakkan jari jemari yang cukup sepuluh dan penuh kesempurnaan ciptaan Ilahi...Amin...Kini saya sudah faham apa maksud bersyukur dengan kurniaanNya sepuluh jari ini...dulu sebelumnya saya sering menyalahkan tafsiran maksud SYUKUR dengan kurniaan jari sepuluh....Yang selalu saya gunakan untuk menunding kesemua jari ini terhadap kesalahan serta kekurangan orang lain..
KINI ..saya sudah mula fahami untuk menggunakan sepuluh jari yang sempurna ini untuk mengira berapa banyak kesalahan dan khilaf masa lalu yang mampu saya tebus dengan kesedaran dan taubat sebelum tarikh akhir pinjaman ini...PINJAMAN INI ?????...Dunia nie hanya pinjaman......itu maksud saya rasanya...Akan juga saya gunakan jari-jemari yang saya pinjam ini untuk mengira berapa banyakkah kebaikkan yang mampu saya lakukan dengannya sehingga akhir tarikh pinjaman ini......Sebenarnya sekarang saya sedang menggunakan sepuluh jari jemari ini untuk menggaru kepala yang sedang menampung otak yang sedang berfikir dan bertanya....Bolehkah saya lakukan semua ini sebelum tarikh akhir pinjaman ?...Ayuh Saudara Bawang al Rasid.....usah lengahkan masa...teruskan......Ramai rakan-rakan yang menunggu..untuk membaca bait-bait ayat yang indah dari sedikit kecelikkan mu dalam dunia penulisan ini...Ini pun pinjaman juga....Kongsikanlah dengan mereka apa yang engkau rasai,apa yang engkau pelajari,apa yang engkau melihat tapi tidak dilihat oleh sesetengah orang lain dan sama dilihat oleh sebahagian yang lain...atau sama dilihat oleh sesetengah yang lain tetapi tidak dinilai dari perspektif yang sama......em....kali ini M  nya sedikit..kerana saya sudah selesai mengira jumlah M pada perkataan em yang mula-mula tadi...Anda dah mengiranya?.......saya kira ada 41 semuanya....Kebetulan yang saya sengajakan hari ini genap usia saya 41 tahun......Alhamdulilah....seperti merasa teramat BERSYUKUR atas limpah kurnia rahmat dan nikmatNya kerana memberikan saya hayat sehingga kini.....walaupun PINJAMAN saja...Alhamdulillah...

Bersyukur saya kehadrat Allah swt. kerana memberi ruang dan peluang untuk saya perbaiki diri dan menebus segala khilaf dan alpa selama ini. Bak kata pepatah ciptaan sendiri "" Sepuluh Jari Sempurna,Meraba Dalam Terang ,Menari Dalam Kegelapan" perumpamaan untuk kehidupan masa lalu KITA...Jom kita sama-sama renung-renungkan yek....YOK......

Sebelum labuhkan tirai untuk post kali ini...saya ingin mengambil kesempatan menyusun SEPULUH JARI SEMPURNA ciptaan Ilahi ini memohon kemaafan yang tak terkira kepada semua pengunjung setia saya yang menyokong ruangan Saudagarbawang ini selam ini...yang tertunggu2 akan janji saya untuk terus menulis dan berkarya......lama menunggu sejak 28Februari 2010 rasanya...nah...kini saya muncul semula dengan cerita dan coretan yang tentunya percuma...ohhh tidak..hanya bayar sedikit bil elektrik minta sedikit kelapangan masa untuk membaca.....mengira huruf M tadi pun dah seminit juga yek..saya pun amik masa lebih dari itu kerana dalam perjalanan mengira tadi...wasangka menguasai diri....lalu saya mengira semula..sehingga 3 kali mengira barulah yakin akan bilangannya yang saya sengajakan kerana mahu samakan dengan pencapaian usia ke 41 hari ini....so saya telah sedekahkan masa selama 3 minit hanya untuk mengira M tersebut yang selama ini saya cuma kira 3 saja bilangannya seharian...M untuk makan...Alhamdulillah kini saya sempat menukar maksud M tu dari makan kepada MASA....41M tu bermaksud  41 tahun MASA yang saya ambil untuk menulis hari ini....Insyaallah saya akan kira mulai saat ini masa-masa itu sehingga tarikh akhir nanti...Maaf jika saya akan terlupa dipertengahan jalan nanti....Lalu saya perlukan kamu semua sebagai pengingat lupa saya ini ye....tapi tiada caj dikira....cuma pahala yang dikirakan.Amin.."Demi Masa,Sesungguhnya Manusia Itu Berada Di Dalam Kerugian,Kecuali Yang Berpesan-Pesan Dengan Kebenaran Dan Yang Berpesan-Pesan Dengan Kesabaran"...Jom kita jadi manusia yang tidak rugi....

Emmm..macam nak menulis lagilah.......tapi ...esok saja ye..kita kongsikan sedikit demi sedikit ...Lama-lama kita akan ingat dan sematkan disanubari Iman ini...sebentar lagi Subuh menjelma....saya belum tidur lagi..seperti tak sabar menanti waktu itu....kerana saya rindu untuk berbicara denganNya....saya rindu untuk memohan pertolonganNya...rindu untuk memanjatkan doa agar kita semua dirahmatiNya..Saya belajar tidak sabar menanti waktu Solat ini masa di  Madinah tempohari.....em...nantilah....saya kongsikan sedikit input dan cerita di Nabawi dan Multazam nanti ye.....Sabar ye kawan2...Ingat2kan kawan2 lain ye. bahawa manusia yang tak rugi adalah yang berpesan-pesan dengan KESABARAN......niat saya sebelum ke Tanah Suci dulu sebenarnya....................nantilah.....rahsia duluan ye,.Em ada rahsia deruan angin di Hijir Ismail....Asalamualaikum....Saya menyayangi kalian semua.....

1 comments:

Unknown said...

kehidupan dan segala yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata.. yang tinggal dan akan kita bawa pergi nanti adalah manfaat dari apa yang kita usahakan atas apa yang dipinjamkan itu.. manfaat dari ilmu yang baik yang digunakan dan disebarkan, manfaat dari anak2 yang kita didik menjadi anak soleh solehah dan manfaat dari harta kita yang kita serahkan kepada mereka yang patut menerimanya...

Post a Comment