Monday, February 15, 2010

Keluarga

Kalau kita cerita tentang keluarga....semua atau mudah cerita kita semua ada keluarga...tentu sekali....kecualilah...anak buluh betung ( tiada kaitan samada yang hidup atau yang mati dan tidak bermaksud menciplak mana-mana tajuk hakcipta terpelihara).Jadi tajuk kali ini ingin saya kongsikan berkenaan cerita keluarga dalam masyarakat melayu,islam dan spesifikasinya terarah kepada keluarga besar ( bukan subjeknya bersais besar ,akan tetapi jumlahnya ramai).Ada rakan saya yang mempunyai bilangan adik beradik seramai 13 orang...Itu jika di kira yang masih hidup saja...campur yang telah meninggal dunia bilangan keseluruhan yang diahirkan daisatu perut yang sama dari seorang Ibu dah jadi 18 orang....Bayangkanlah..Jika kita jadi ibu tersebut.

Isu yang cuba saya kupaskan kali ini sebenarnya berkenaan keupayaan pembentukkan sistem keluarga tersebut.Diceritakan kepada saya bahawa....hampir kesemua anak-anak ibu tersebut kini telah membesar dan semuanya telah berkerja dan telah berumahtangga..Jadi ibu tersebut telahpun berusia enam puluh tahun dan ke atas(warga emas ).Dukacitanya diceritakan kepada saya bahawa si bapa telahpun meninggal dunia hampir 18tahun yang lalu.Maka tentunya masa ditinggalkan si suami..si isteri@ibu telah terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri.Saya tabiklah kepada semua ibu-ibu seperti ini,khasnya kepada si Ibu tersebut....Diceritakan juga bahawa anak-anak tersebut semuanya menjadi anak bangsa yang berjaya.doktor,guru besar,5 orang jurutera dan lain-lain lagi....susah nk senaraikan .kerana saya sudah mula terharu bila mengenangkan wajah si ibu tersebut..kerana saya baru bertemu insan gagah ini.Tiba-tiba saya rasai manusia seperti ini pun layak kita kategorikan sebagai PEJUANG BANGSA..kerana telah berjaya melahirkan anak-anak seperti ini...bukan maksud saya hanya melahirkan tetapi mendidik....Sayang sekali hari ini bukan hari Ibu...andaikata hari tersebut pasti saya akan telefon dan mengucapkan selamat hari ibu kepada IBU BANGSA ini....saya sebenarnya sedang dalam usaha menulis sebuah novel tentang ini.Doakan saya berjaya...akan juga saya kongsikan sinopsisnya nanti...atau bincangkan dalam blog ini dari masa kesemasa...Kita jumpa lagi....

2 comments:

dori-mori said...

komen pertama :)

zureen @ mama said...

Nak jadi pengomen kedua..

Semoga success dalam semua perkara..

Post a Comment