Wednesday, February 17, 2010

Menganggur dan Penganggur.

Menganggur dan penganggur memeng tak dapat dipisahkan jiwanya kerana hanya penganggur saje yang berhak menganggur.Saya pun kadang-kadang keliru dengan ejaannya...tapi harap dapat menyampaikan maksudnye dengan ikhlas.Andai ada audit dari DBP tentunya dah kena denda ruangan ini kerana publish ejaan yang salah.Kali ini ( atau hari ini @ kerana saya mungkin akan tulis hari-hari di dalam blog ini @ andai diizinkan Allah )saya ingin ceritakan tentang kisah seorang rakan yang menjadi penganggur dalam usia 40 tahunnya.Kasihan saya mendengar ceritanya,emmm...tapi yang peliknya dia tak pulak bersedih.....nampak ceria je ,tapi tak taulah di belakang saya atau dalam bilik air akan menangis puas-puas...saya sentiasa doakan yang terbaik untuK DIA...Rakan saya ini dulunya seorang pelajar sekolah yang cerdik jugaklah saya rasa jika dibandingkan dengan saya..lepas penilaian darjah 5 ,dapat 4A 1B.dulu2 sekolah kampung...keputusan itu membolehkan dijamu kenduri seekor lembu atau macam kerja kawin lah gamaknye.tapi kerana keluarga agak tak berada...bubur merah jelah jadi santapan sekeluarga dan disedekahkan lah jiran-jiran sepinggan seorang...

Lalu berjayalah dia mendapat tempat belajar di sekolah berasrama walaupun tak penuh...asrama di Au2a keramat dan bersekolah di sebelah Stadium Negara dan stadium Merdeka tu...sekolah yang sama dengan Andy FP dan Aidit Alfian Komposer tersohor tu.sampai SPM.lepas SPM rakan saya ni pulanglah ke negeri asalnya....mendapat tawaran belajar di UITM tapi terpaksa ditolaknya kerana memilih untuk bekerja di sebuah bank sebagai kerani...(atas dasar keperihatinannya terhadap kesusahan keluarga masa tu @ adik-adik ramai masih bersekolah dan ekonomi keluarga agak tipis )lalu kerjalah dia di bank tersebut..Berkat doa ayah ibu dan adik-adiknya...selepas 4 tahun bekerja,berjaya dinaikkan pangkat sebagai pegawai.lalu berumahtangga.berhenti kerja selepas 10 tahun kerana ingin merasai pengalaman dalam dunia perniagaan bersama keluarga iparnya.turun naik pasang surut...siang malam...maka berbagai dugaan ditempuhi...dari senang ke sukar dan akhirnya diberhentikan kerja kerana etika diri manusia yang serupa....mudah lupa diri....bukan dia...tapi orang lain yang berkaitan...ianya bermula dari 29 januari 2010 tempohari bila rakan saya ini telah dirompak sebanyak rm57K.wang gaji pekerja...wow..banyaknye...macamana nk ganti??????....

Pendek ceritanya....adik beradiknya akhirnya yang membantu....Kenapa?....esok akan saya kupaskan ilmiahnya...buka esok ye.saya ingin kongsikan bersama anda semua...Cuma sementara menanti esok tu...marilah kita bayangkan apa yang boleh kita rasai bila dapat wang sebanyak rm57k itu....shopping sakan?..g makan angin Langkawi sebulan?.G mancing kt Spartly?.tak masak sebulan kt rumah?g pizza hut isnin,mc D selasa,KFC rabu,Khamis mkn nasi beriani mamak.jumaat makan nasi padang lalang ,sabtu makan di hotel Ahad makan di Resort...etc.@bagi suri rumah aje atau bagi suami yang isterinye malas@tak pandai sangat masak atau masak tapi kureng sedap sgtla...he..he...bukan anda k....diaorang tu..

wasallam

2 comments:

zureen @ mama said...

"Kadang-kadang Allah berikan ribut taufan pada awalnya sebagai ujian ..kerana Allah yang Maha Penyayang mahu berikan pelangi pada akhirnya sebagai hadiah kesabaran kita.."

ummu hanis said...

ujian tanda kasih sayang Allah.. makin tinggi iman seseorang makin tinggi ujian Allah untuk hambaNya.. bersyukurlah atas ujian kerana itu tandanya Allah masih memandang kepada kita..

Post a Comment