Thursday, February 18, 2010

Sambungan....Penganggur Menganggur

Salam semua.....pembaca yang setia dengan sabar dan tak sabar pun lagi baik sebenarnye...kerana bila kita tak sabar tentunya akan buka dan tutup ruangan ini banyak kali...atau saya je yang perasan.....kerana rupanya saya seorang bersama member2 yang cuma tiga orang setakat nie yang membaca...takpelah...mudah-mudahan lama-lama akan ada pengikut pembaca yang akan mengikuti ruangan saya ni....Bersabarlah......Insyaallah...Allah akan kurniakan kebaikkan kepada niat manusia yang baik kerana Allah saja yang Maha Mengetahui setiap sesuatu...Amin...

Ok ...perihal cerita semalam tentang rakan saya yang menganggur dan kerugian ribuan ringgit ...pendek ceritanya...Allah swt telah menurunkan rahmatnya dengan membuka jalan baginya menyelesaikan masalah yang secara lojika nya memang sukar untuk diselesaikan dalam masa terdekat dan diluar keupayaannya..Alhamdulillah....rakan saya ini ,setelah bertawakal dan bersolat hajat ..maka Allah swt telah memberikan rahmatnya dan menurunkan bantuan bagi mengantikan wang gaji pekerjanya yang hilang tersebut...lalu Allah bukakan hati adik-beradiknya untuk membantu....dan kecukupan bantuan tersebut telah menjadikan masalah itu sesuatu yang sukar untuk dipercayai oleh semua masyarakat sekeliling...yang mengetahui perihal tersebut....Amin....Lalu dilahirkan kesedaran dalam diri rakan saya ini bahawa hikmah dari apa yang di alami ini adalah sebahagian dari peringatan Allah swt supaya tidak taksub terhadap kerja dan meninggalkan tanggungjawab terhadap adik beradiknya yang selama ini dilupakan selalunya..Sejak peristiwa itu..rakan saya telah menjadikan adik beradiknya rakan dan teman bualan saban hari..lalu ikatan keluarga dan persaudaraan yang selama ini dingin dan jauh akhirnya jadi tambatan kehidupannya...mudah-mudahan dia tidak mudah lupa lagi...Mari sama-sama kita doakan buat rakan saya ini.juga sebagai peringatan kepada kita semua....

1 comments:

Bawang Al Rasid said...

Saya pun ingin menelefon adik-adik saya yang bekerja dan jalani kehidupan di Kuala lumpur dan di mana jua..saya ingin dekatkan diri kepada mereka...andainya saya jadi seperti rakan saya..tentunya saya akan mengharapkan bantuan dari mereka semua...Hai adik-adikku semua...Apa khabar..dah 2 tahun tak dgr cerita kalian...

Post a Comment